Tuesday, April 27, 2010

Sebelum Diriku Berangkat

ILAHI,
PADAMU AKU BERMOHON DENGAN PENUH HARAPAN,
KURNIAKANLAH AKU MATA,
YG TIDAK MELIHAT AKAN SESUATU JUA SELAIN ENGKAU,
ANUGERAHKANLAH AKU HATI,
YG TIDAK MEMILIH KECUALI TAQWA KEPADAMU,
KALAU AKU MEMOHON,
YANG KU POHON HANYALAH RIDHA'MU,
KALAU AKU BERKATA,
YANG KU ULANG-ULANGKAN HANYA PUJI DAN PUJA. ILAHI,
DI HADAPANKU PENUH RANJAU DAN DURI,
JALAN PULANG GELAP HITAM,
MENAKUTKAN,
BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG LURUS
YA RABBI..AMEENN...

YA ILAHI,
JIKA SEKIRANYA AKU BERIBADAT PADAMU
KERANA TAKUTKAN SEKSAAN API NERAKA,
BAKARLAH BADANKU INI SELUMAT-LUMATNYA,
DAN JIKA AKU BERIBADAT PADAMU
KERANA MENGHARAPKAN MASUK SYURGA,
JAUHILAH AKU DARI MENCIUM NI'MAT SYURGA-MU,
TETAPI,
JIKA AKU BERIBADAT PADAMU
KERANA SEMATA-MATA RASA CINTA PADAMU,
MAKA JANGANLAH ENGKAU MENGHAMPAKAN HARAPANKU INI..
AMEEN YA RABBAL A'LAMINN

Cinta itu INdah

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan....(^_^)

Saturday, April 24, 2010

Ayat Romantik Ketika Bercinta Sehingga Berkahwin.. (~_^).

Masa nak Bershopping...
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa la shopping, buat habis duit jer..”

***

Makan
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang”

***

Anak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung.. ”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur…”

***

Kerja Rumah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye…”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Awak tak boleh buat keee..”

***

Hadiah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Tak payah le hadiah-hadiahhhhh. …”

***

Masak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “awak ni memang pemalas..”

Romantik ke ni??? ;) wuahhahhhahah...